Monday, July 5, 2010

Alasan Darurat Yang Sudah Melarat

Bismillahir Rahmaanir Rahiim.

Alhamdu Lillah, Wassolatu Wassalamu Ala Rasulillah wa ala alihi wasahbihi waman waalah.

Sesungguhnya kaki-kaki pembawa mudarat yang memijak bumi Melayu ini 500 tahun dahulu masih lagi meninggalkan bekasnya, dan ia masih terus membawa mudarat.

Jikalau dahulu, mudarat itu diakui tanpa malu oleh penjarah yang mempertahankan kelakuan mereka dengan akal yang dihina dan dengan sains yang diperbudak,hari ini pula mudarat tersebut disangkal sendiri oleh anak cucu mangsa tanpa akal dan dalam keadaan gembira diperbudakkan.

Mereka berzikir dengan slogan;

"Dunia sudah berubah...mengapa masih ingin membawa kisah silam yang sudah tiada kena mengena dengan hari ini...mari bina sejarah baru...mari berTabula Rasa...".

Silakan...

Baru seratus tahun lepas,pada tahun 1918, sejurus selepas menewaskan askar Ottoman,dan menjatuhkan Khilafah Uthmaniyyah, Jeneral Britain yang bernama Allenby dengan angkuh memasuki Jerusalem dan terus menuju ke kawasan Hattin/Hittin - tempat dimana Salahuddin menewaskan tentera salib pada tahun 1187 - Dia kemudian berdiri di tempat yang sama dimana Salahuddin berdiri didalam peperangan tersebut, seraya menyalak.

"Wahai Salahuddin! Kami sudah Kembali!"

Turut menyahut salakan beliau adalah perdana menteri Britain, David Lloyd George yang mengatakan statement terkenal ini.

"Pada hari ini, peperangan Salib berakhir dengan rasminya!".

Diikuti dengan seekor (Maaf kepada bangsa binatang kerana menggunakan perkataan 'ekor' bagi makhluk yang lebih rendah dari kamu) lagi Jeneral Perancis bernama Boro yang bukan setakat menyalak bahkan menendang kuburnya Salahuddin sambil berkata.

"Bangkitlah Salahuddin! kami sudah sampai!".

Nah...katakan kepada Allenby,Perdana Menteri Britain tersebut dan Boro;

" Sudahlah...kisah lama biarkan saja ia didalam lipatan sejarah...mari membina satu sejarah baru..."

Sesungguhnya Al-Baqarah : 120 masih bernyawa. Dan akan terus berfungsi hingga ke akhir zaman.

وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَہُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَہُمۡ‌ۗ قُلۡ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلۡهُدَىٰ‌ۗ وَلَٮِٕنِ ٱتَّبَعۡتَ أَهۡوَآءَهُم بَعۡدَ ٱلَّذِى جَآءَكَ مِنَ ٱلۡعِلۡمِ‌ۙ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِىٍّ۬ وَلَا نَصِيرٍ (١٢٠)

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. (120)

Kisah sejarah manusia ada pangkal ada penghujungnya,ada wira dan ada penyangaknya,hanya mereka yang keliru dan tidak mampu melepaskan kehidupan yang enak sahaja yang tidak dapat memasang serpihan cerita tersebut dan membentuknya menjadi sebuah cerita lebih besar yang coherent. Kerana cerita besarnya tidaklah dan tidak akan dipenuhi dengan bunga-bunga "Persaudaraan bangsa manusia". Kerana didalam Islam, tali penghubung awal dan akhir antara manusia adalah ikatan yang lebih mulia dan abstrak; bukan darah,tetapi ikatan iman,pandangan alam dan prinsip.

Namun jangan cepat melompat dan menerkam,sesungguhnya saya masih berpegang kepada ayat-ayat ini :

Al-Imran : 113

۞ لَيۡسُواْ سَوَآءً۬‌ۗ مِّنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَـٰبِ أُمَّةٌ۬ قَآٮِٕمَةٌ۬ يَتۡلُونَ ءَايَـٰتِ ٱللَّهِ ءَانَآءَ ٱلَّيۡلِ وَهُمۡ يَسۡجُدُونَ (١١٣) يُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَيُسَـٰرِعُونَ فِى ٱلۡخَيۡرَٲتِ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ مِنَ ٱلصَّـٰلِحِينَ (١١٤) وَمَا يَفۡعَلُواْ مِنۡ خَيۡرٍ۬ فَلَن يُڪۡفَرُوهُ‌ۗ وَٱللَّهُ عَلِيمُۢ بِٱلۡمُتَّقِينَ (١١٥)

"Ahli-ahli Kitab itu tidaklah sama semuanya. Di antara mereka ada golongan yang tetap mereka membaca ayat-ayat Allah pada waktu malam, semasa mereka sujud(113) Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh. (114) Dan apa sahaja kebajikan yang mereka kerjakan, maka mereka tidak sekali-kali akan diingkari (atau disekat dari mendapat pahalanya) dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertakwa. (115)"

dan Al-Mumtahanah : 8-9

لَّا يَنۡهَٮٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يُقَـٰتِلُوكُمۡ فِى ٱلدِّينِ وَلَمۡ يُخۡرِجُوكُم مِّن دِيَـٰرِكُمۡ أَن تَبَرُّوهُمۡ وَتُقۡسِطُوٓاْ إِلَيۡہِمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ (٨) إِنَّمَا يَنۡہَٮٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ قَـٰتَلُوكُمۡ فِى ٱلدِّينِ وَأَخۡرَجُوڪُم مِّن دِيَـٰرِكُمۡ وَظَـٰهَرُواْ عَلَىٰٓ إِخۡرَاجِكُمۡ أَن تَوَلَّوۡهُمۡ‌ۚ وَمَن يَتَوَلَّهُمۡ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ

" Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (8) Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu) dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (9)"

Untuk lebih jelas, Bernard Lewis telah menjelaskan dengan sangat baik, sikap dan pandangan Muslim terhadap ahli Kitab :

“In considering the long record of Muslim rule over non-Muslims, a key question is that of perception and attitudes. How did Muslims view their dhimmi subjects? … One important point should be made right away. There is little sign of any deep-rooted emotional hostility directed against Jews-or for that matter any other group-such as the anti-Semitism of the Christian world. … On the whole, in contrast to Christian anti-Semitism, the Muslim attitude toward non-Muslims is one not of hate or fear or envy but simply contempt [for those who had been given the opportunity to accept the truth and who willfully chose to persist in their disbelief]”

Sejarah perjalanan manusia itu ada yang jelas hitam, ada yang jelas putih dan ada pula yang samar kelabu.

Silakan, nafilah yang terang jelas dengan awan kelabu mindamu sehingga terpaksa menipu diri sendiri dan menghina akal pemberian Ilahi.

Sia-sia sahaja Baginda s.a.w memberi peringatan tentang bagaimana sejarah akan berakhir; ia tidak akan berakhir dengan senyuman, pelukan dan saling maaf memaafkan,terima sahaja hakikat ini atau nafikan sahaja hadith-hadith sarih dan sahih ini.

Beriman dengan hadith-hadith ini bukan bermakna kita menjadi seperti Uruk Hai si Saruman.

Penyelesaiannya adalah bukan dengan mencari Ayat Pedang sebagai justifikasi dan sesuka hati meletupkan diri.Ini cara orang merapu yang nihilist dan warisnya communist.

Ada penyelesaian lain.

Bukan Iblis Liberal,bukan juga Pseudo-Salafism,bukan juga Tasawwuf yang telah diagamakan, bukan juga dengan memasang perkataan "Islamic" pada perkataan banking dan state.

Kita harus berani mengaku bahawa kita tidak boleh memakan babi sambil santai secara berterusan dengan alasan darurat....darurat...

Adalah wajib bagi Umat Islam untuk berusaha keluar daripada keadaan darurat. Sesempit mana ruang yang ada, sesusah mana,harus diakui kewajipannya.

Jikalau diri lemah,maka jangan dihina mereka yang berjihad.

Ana tidak akan berkongsi cadangan penyelesaiannya disini, adalah lebih baik kita bertemu secara peribadi. Takut ada yang marah tidak dapat terima atau salah terima, lalu terpaksa membeli komputer baru.

Jikalau sedikit masa dahulu, kita masih mengakui bahawa Umat tidaklah berada dalam keadaan yang baik dan pada waktu itu kita masih sedar bahawa umat masih sakit.

Kenapa pada waktu itu kita masih mampu sedar?

Kerana, kita masih tahu dan jelas apa itu sihat.

Jikalau sudah lupa apa itu sihat, maka bila sakit pun kita tidak akan sedar bahawa kita sakit!

Penyakit tidak sedar ini akan membawa kepada tahap melarat yang kedua;

Menerima keadaan darurat seadanya.Seolah-lah ia adalah hukum alam yang tidak boleh digugat dan dipersoalkan.

Apa yang mampu dilakukan hanyalah "menyesuaikan", "contextualise" dan "adapt".

Keadaan ini mungkin masih boleh diterima, walaupun tersangatlah pahit.

Namun, masalahnya adalah ia berpotensi besar membuahkan barah kemunafikan bawah sedar. Maksudnya, kita akan terpaksa menjadi hipokrit dan hanya akan sedar bila disentak.

Tuhan dipersoalkan, agama dihinjak, syariah di paksa sesuai dengan perlembagaan-perlembagaan pragmatik.

Tetapi, orang-orang yang sama juga akan terkedu bila berhadapan dengan perkataan seperti; Bank, Nation State, United Nations, Human Rights Charter dll.Cara paling mudah untuk melepaskan diri adalah dengan menampal perkataan "Islamic" pada frasa-frasa diatas, atau yang lebih halus lagi,dengan mengatakan statement ini; "Jikalau kita kaji sejarah Islam...sebenarnya Islam pon menyokong dan membenarkan perkara-perkara ini.."

Tiba-tiba semangat freedom of thought mereka itu menjadi terbantut...semangat liberalisme tiba-tiba terikat...semangat demokrasi tiba-tiba mengembek...apa sudah jadi?

Mungkin inilah manifestasi hipokrasi yang lahir daripada hilangnya keyakinan kepada Islam itu sendiri.

Keadaan kedua ini, jikalau dilayankan,ia akan terus melarat hingga membuahkan tahap melarat yang paling hina.

Yaitu; menerima keadaan darurat ini sebagai keadaan yang sangat baik bahkan yang terbaik!sehinga sanggup mempertahankannya!

"Nak apa lagi? negara kita ini semuanya ada...bersistem...bersih...maju...dipuji orang...?"

Sejak bila

- Semuanya ada
- Bersistem
- Bersih
- Maju
- Dipuji orang

Menjadi kayu ukur keredhaan Allah kepada sesuatu bangsa atau masyarakat?

-Sayang...Madinah Rasulullah tidak ada 'semua'...
-Tentera Allenby juga bersistem...Tentera Salahuddin juga bersistem.Sistem yang baik itu tidak berpihak.
-Apa nilai kebersihan yang bersifat kosmetik? model-model yang bunuh diri itu juga bersih didalam majalah. Athens dulu juga 'bersih', Mesir Purba juga 'bersih' Sodom & Gomorrah juga 'bersih'.
-Maju kerana? berjaya menghilangkan perhubungan serta rasa kebergantungan manusia kepada Tuhan atas alasan political secularism? 1st world country atas dasar apa penobatan ini?
-Pujian manusia?
Nabi Muhammad s.a.w dihina musyrikin Quraisy dan majoriti kuffar hari ini.Dan Hitler pula dipuji oleh Mufti Jerusalem.Jadi apa nilai pujian manusia?

Ternyata, kehidupan yang terlalu selesa sudah melemahkan semangat juang kita.

Asatizah juga seronok dan ma'syuk dalam perbualan tentang kereta, tentang bola (siap boleh bergaduh lagi) tentang rumah besar,tentang pakaian,tentang tempat makan yang sedap-sedap...

Mungkin ada yang bertanya "apa maslahnya? bukankah itu semua mubah?"

Benarkah ia Mubah bagi golongan asatizah? atau ia sebenarnya makruh?

Terlalu banyak keseronokan dan keselesaan adalah tidak baik untuk jiwa.Lebih-lebih lagi untuk pejuang barisan hadapan.

Rehat dan keseronokan itu umpama garam didalam makanan, dan perjuangan itulah nasinya.

Sodaqta ya HabibAllah (Benar sekali engkau wahai kekasih)...s.a.w :

(( والله ما الفقر أخشى عليكم، ولكن أخشى أن تبسط عليكم الدنيا كما بسطت على من كان قبلكم؛ فتنافسوها كما تنافسوها فتهلككم كما أهلكتهم))

البخا ري 6/ 258، ومسلم 4/ 3274.

"Demi Allah! tidaklah aku lebih bimbang akan kefakiran yang menimpa kamu, tetapi aku lebih bimbang pabila dunia dihamparkan kepada kamu seperti ia dihamparkan kepada umat sebelum kamu, kamu akan merebut nya, maka ia akan menghancurkan kamu seperti mana ia menghancurkan umat sebelum kamu!" - Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.

Wallahu a'lam.

Wassolatu Wassalaamu A'lal Habiib s.a.w. Walhamdu Lillahi Rabbil Alamin.

1 comment: