Sunday, October 3, 2010

MeNaskan Waaqi' atau MeWaaqi'kan Nas?



MENASKAN WAAQI' ATAU MEWAAQI'KAN NAS?

Oleh : Muhd Noor Bin Muhd Deros


Nas : Wahyu. Al-Quran & As-Sunnah
Waaqi' : Konteks kehidupan masyarakat manusia


Waaqi' itu pecahannya dua
Alami (natural) suci dan rosak binasa
Nas pula kan sentiasa bercahaya
Selagi Waaqi' dapat dicerna

Bila Waaqi' sudah rosak dan binasa
Jangan pula Nas yang ditarik dipaksa
Rosak dan baik itu berlawanan zatnya
Air jumpa api, satu pasti binasa

Jika Waaqi' diperisai, katakan darurat saja
Jangan mensakralkan yang rosak binasa
Lalu Nas pula dikata tidak lagi kena
Yang mana makmum yang mana imamnya?

Nas itu mengislah Waaqi' yang binasa
Sudah jelas tuntas makmum dan imamnya
Waaqi' pula anaknya nafsu ataupun minda
Harus ditanya diperiksa; siapa bapanya?

Jika bapanya minda, nas tiada masalah
Syariatullah dan Sunnatullah telingkah tiada
Jika nafsu ayahnya, nas harus mengislah
Ammarah dan AmruLlah berkasih tidakkan pernah!

--------------------------------------------------------------------------

Contextualising the text?

atau

Textualising the context?

Bila context tidak dapat ditextualkan, maka disamping usaha menganalisa text dengan lebih mendalam, kritikan serta pengislahan context juga harus dilakukan bersama.

Kerana mungkin (kemungkinan besar) masalahnya terletak pada context dan bukan pada text.

Wassalam.