Penulisan ini adalah tukilan daripada jawapan ana bagi persoalan yang ditujukan oleh seorang teman berkenaan dengan tafsiran umum lagu Bila Rumi Menari oleh M Nasir.
Lirik :
Kita menari bukan sebarang tarian
Asalnya dari tanah orang-orang pilihan
Bila terdengar masnawi ciptaan maulana
Ku bunuh nafsu lebur rantainya dari badan
Hingga hilang bangga diri
Berani hidup berani mati
Bagai musafir bertemu janji
Ini Darwis sudah gila berahi
Kita tak rindu pada siasah dunia
Perangkapnya membuat manusia hampa
Untuk bertemu impian bukan percuma
Mengorbankan yang tersangat kita cinta
Bagai Yunus dimakan paus
Ibrahim tak makan api
Bertemu kekasih di malam kudus
Luka di badan tak terasa lagi
Pukullah rebana jantungku bersyairlah maulana
Aku mabuk hakiki mendengar suaramu
( 1 )
Sayang... pada mereka yang tak mengerti
Sayang... pada hati tertutup mati
Bagai sangkar tanpa penghuni
Burung berharga terlepas lari
( 2 )
Rindu (ya maulana)
Kembali bertemu (ya maulana)
Hatiku merindukan pemiliknya (ya maulana)
Rindu (ya maulana)
Kembali bersatu (ya maulana)
Kembali bersatu dengan yang dikasihi
( 3 )
Rindu (ya maulana)
Kembali bertemu (ya maulana)
Hatiku merindukan pemiliknya (ya maulana)
Rindu (ya maulana)
Kembali bersatu (ya maulana)
Kembali bersatu dengan kekasih
(Penulisan dibawah adalah hasil penelitian penulis, tidak semestinya mengambarkan makna sebenar yang ingin disampaikan oleh penulis lirik, seniman terhormat M Nasir)
"Kita lihat banyak pengaruh Rumi dalam lagu2 beliau yang lain, seperti ‘Hijab Kekasih’. Disamping Rumi, kita juga melihat pengaruh Ibn Arabi dengan jelas.
Benar, melalui pemahaman ana, beliau sememangnya memandang tarian darwish dengan pandangan yang positif, ini sangat jelas dalam lirik lagu ini, ‘tarian’ digunakan dalam konotasi yang sangat positif.
Dan kita tahu tarian yang dimaksudkan adalah tarian putaran darwish.
Buktinya adalah, kesinambungan rangkap sebelum dan selepasnya dengan tujuan tarian darwish itu sendiri , yaitu meleburkan apa yang dipanggil Ana/Ego/Diri/Aku/Self etc…itu yang dimaksudkan dengan “Mengorbankan yang tersangat kita cinta” yaitu diri itu sendiri.
Bila kita lihat tarian darwish, kita dapati pergerakan pusingan mereka itu sebagai lambang penyatuan dan peleburan… sebenarnya bukan penyatuan diri Insan dengan Tuhan (ramai orang salah faham) tetapi leburnya diri Insan, insan itu hilang, mati dan yang baqa hanyalah zat yang Maha Esa.Kembali seperti asalnya, bersesuaian dengan :
Suah Al-Hijr ayat 29,surah Sad ayat 72
“Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari rohku”
Dan juga bersesuaian dengan kata-kata masyhur dikalangan ulama sufi:
“Matilah sebelum kamu mati” (sebahagian kata ini Hadith, tetapi tidak dijumpai sanadnya)
Mereka kata inilah intipati maksud 'Islam' itu sendiri, yaitu penyerahan, penyerahan apa? Penyerahan diri ini kembali kepada Tuhan…ia berkesinambungan dengan perkataan Dyn yang mengandungi maksud ‘hutang’. Manusia hutang apa dengan Tuhan? Sudah tentu kewujudan…merasa diri wujud…self awareness, or consciousness. Jadi bila hutang consciousness, kita kena pulangkan consciousness…itu yang dimaksudkan dengan Taqwa (being God-conscious, Keadaan sedar bahawa, tiap fikiran,kata dan perbuatan manusia harus ditujukan kepada yang Maha Esa)
Atau dalam kata mudah,pulangkanlah diri kamu sebelum waktu kamu tamat, bayarlah hutang itu dengan sempurna sebelum waktunya. Buanglah ujub, buanglah takabbur…supaya kamu dapat pulang ke keadaan asal sebelum proses ‘nafakh’ surah Hijr dan Sad diatas.Dimana pada waktu itu yang ada hanya Allah.
Keadaan ini dijelaskan dalam hadith Qudsi yang sangat terkenal :
"When I love him, then I shall be his ears with which he listens, his eyes with which he sees, his tongue with which he speaks, and his hands with which he holds; if he calls Me, I shall answer him, and if he asks Me, I shall give him."
Ini yang mereka panggil Insan Rabbani, mereka hendak apa yang Allah hendak, mereka benci apa yang Allah benci suka apa yang Allah suka…dalam erti kata lain, ‘diri’ mereka sendiri sudah tidak ada lagi,kehendak mereka sudah tidak ada lagi, sudah ‘Fana’ (lebur, lesap,hilang)
Riwayat tentang tarian darwish ini kita tahu bermula daripada Rumi sendiri, dimana pada suatu hari ketika berjalan dipasar, beliau terdengar bunyi ketukan tukang besi, dan bunyi ketukan itu sama seperti degupan jantung yang dikatakan sama dengan sebutan Allah, Al lah, dag dug, 2 syllable, satu tahan,satu lepas, AL Lah...maka dikatakan bahawa ketika itu Rumi dilanda cinta, kerana terkenangkan kekasihnya (Tuhan) lalu terus berpusing gembira dan terhibur…samalah macam kita bila gembira mesti nak lompat, bila tengok gol mesti nak pekik gol!, ini yang dipanggil exitement.
Kita lihat putaran tarian darwish mengikut pusingan Ka’bah, anti clockwise.Bila kita berpusing, mesti ada 1 central point kan, jadi itu melambangkan Tauhid, begitu juga Tawaf, Kaabah sebagai the one central point, menekankan konsep Tauhid.
Rangkap dibawah ini pula kita lihat sangat menarik :
“Bagai Yunus dimakan paus
Ibrahim tak makan api Bertemu kekasih di malam kudus
Luka di badan tak terasa lagi
Pukullah rebana jantungku bersyairlah maulana
Aku mabuk hakiki mendengar suaramu”
Rangkap ini adalah sambungan idea daripada rangkap sebelumnya. Yaitu, untuk bertemu impian (Penyerahan diri pada Tuhan,Islam) bukan percuma, harus melalui pengorbanan yang besar.
Seperti Nabi Yunus ‘hilang’ dimakan paus, yang mana selepas itu darajatnya diangkat lebih tinggi kerana doanya yang terkenal…”Laa Ilaaha Illaa Anta Subhaanaka Inni Kuntu Mina Zolimiin” - Al-Anbiyaa' : 87
Nabi Ibrahim yang berani ‘lebur’ dalam api, yang kemudiannya ditingkatkan darajat…
Dan si dia s.a.w yang bertemu Tuhan dimalam kudus, pertemuan Baginda tercinta s.a.w di malam Isra’ dan Mi’raj (Lambang peningkatan darajat)sejurus selepas kejadian dimana baginda diuji dengan penghinaan dan kesakitan di Taif. “Bertemu kekasih dimalam kudus” (Mi’raj) “luka dibadan tak terasa lagi” (Luka daripada Tai’f)
Rangkap yang terakhir pula jelas, dimana manusia merindukan untuk kembali pada Tuhan, hati (tempat ruh ‘nafakh’) merindukan pemiliknya yaitu Allah…
“Rindu (ya maulana)
Kembali bertemu (ya maulana)
Hatiku merindukan pemiliknya (ya maulana)
Rindu (ya maulana)
Kembali bersatu (ya maulana)
Kembali bersatu dengan yang dikasihi”
Dan harus ditekankan disini, bersatu bukan bermaksud 1+1= 1, atau Manusia + Tuhan = 1, bukan.
Seperti yang ana tekankan, sebenarnya equation nya adalah 1 (Allah) = 1 (Allah). Kerana insan yang ingin kembali pada Tuhannya harus fana’ yaitu, hilang, lebur dan lesap.
Cukuplah sekadar ini ya akhi. Jikalau ada yang tidak jelas harap beritahu ana ya.
Wallahu a’lam."
Sunday, May 23, 2010
Wednesday, February 17, 2010
Sebuah Penghayatan lagu : M Nasir "Demi Masa"
(Penulisan dibawah adalah pendapat peribadi penulis, tidak semestinya mengambarkan makna sebenar yang ingin disampaikan oleh penulis lirik, seniman terhormat M Nasir)
Lagu : http://www.youtube.com/watch?v=7Seu-MTBehA
Lirik : http://kealamtaknyatatapiada.blogspot.com/2009/01/demi-masa.html
Demi Masa : Sebuah Penghayatan
Oleh Muhd Noor Muhd Deros
Lagu ini meletakkan falsafah asasi dua ketamadunan besar didalam sejarah manusia saling berhadapan dan bertentang mata.
Yang satu pernah gemilang namun kini muram dan suram tetapi percaya bahawa roda putaran sejarah akan berpusing lagi buat kali yang terakhir, sedang yang satu lagi sedang bermaharajalela bergantung pada diri, membelah bumi, menikam langit, menghancurkan gunung-ganang.
Yang pertama percaya tahu – bukan percaya buta - bahawa disana ada sesuatu yang dipanggil Al-Haqq, kebenaran dan hakikat yang tidak berubah,yang kekal dan teguh, kerana itu mereka berbangga dengan lambang kotak empat persegi yang terletak ditengah-tengah dada bumi ini.
Sedangkan yang satu lagi ada alahan dengan perkataan-perkataan seperti ‘kebenaran’, ‘kekekalan’ dan ‘hakikat’, mereka mengatakan bahawa kehormatan manusia terletak pada usaha mencari yang berterusan dan tanpa berpenghujung, berpusing-pusing tanpa noktah, pendapat + pendapat yang bertentangan = pendapat baru, kemudian pendapat baru + pendapat baru yang bertentangan = pendapat terbaru…begitulah seterusnya. Oleh itu tidak hairanlah mereka memilih tugu berbentuk bola untuk diletakkan diantara bangunan berkembar kebanggaan mereka
(sila baca : http://en.wikipedia.org/wiki/The_Sphere)
yang kini telah hancur dipunahkan oleh…tangan dan penipuan mereka sendiri, mereka rela melakukannya kerana percaya pada; pendapat + pendapat yang bertentangan = pendapat baru. Atau lebih tepat lagi, mencerna + meroboh = menceroboh (Keimanan mahupun negara orang).
Lagu ini bermula dengan sebuah Syahadah, ataupun pengakuan dan kenyataan yang pasti. Aku telah melihatnya dan mendengarnya, bukan mengagak, menyangka dan percaya buta, dasar kehidupan dan sebab musabab kewujudan manusia di muka bumi ini sudah jelas dan nyata serta cukup sempurna dan terletak. Tempat semua perkara sudah jelas dan tuntas. Yang tinggal adalah untuk manusia berani mengangkat kaki berjalan menempuh ujian dengan bekalan yang sudah diberikan sebagai syarat untuk sampai ke destinasi yang sudah jelas.
Yang satu lagi tidak tahan lalu terkam menuduh…mengatakan bahawa itu semua adalah mimpi, pengalaman mu yang kau sangka realiti hanyalah mimpi dan permainan minda mu, aaah! Tiada yang pasti! Kerana pegangan dan kepercayaan inilah aku kini diatasmu! Jika kau ingin sepertiku maka kau harus bangun dari tidurmu!
Namun, si dia pernah mengingatkan kita, sesiapa yang ingin merebut takhta, maka jangan diberikan padanya, dia hanya akan merosakkan.
Ternyata yang mengaku tahu itu sebenarnya masih keliru, masih terkebelakang dan masih tunggang terbalik berusaha menjawab teka-teki kehidupan yang sememangnya sudah tersedia jawapannya…tersedia hanya untuk mereka yang mampu membuang angkuh dan faham benar makna sebenar bodoh.
Kerana itu, demi masa sesungguhnya manusia sentiasa dalam kerugian. Rugi kerana membuang waktu mencari sesuatu yang sudah ada.
Perjalanan mereka dipayahkan lagi kerana membiarkan diri hanya merindui kilauan emas tapi alpa dengan yang mencipta…terkesima dan kagum dengan papan tanda,akhirnya terlepas pandang akan arah yang ditunjukkan papan tanda itu.
Namun jika diteliti, seakan-akan kerja keras minda mereka bukan untuk mencari kebenaran, melainkan untuk lari daripadanya, bukan tidak mengerti,tetapi tidak mahu, tidak mahu yang akhirnya membangkitakn rasa benci dan permusuhan dengan Al-Haq.
“Aku lebih baik darinya…aku tidak akan sujud!”
Namun mereka harus tetap berjalan…tidak tahu kemana, tidak tahu mengapa…akhirnya jatuh terjerumus, luka parah.
Ketika itu boleh sahaja diakhiri kehidupan ini, tetapi bukan sekarang, itu boleh dilakukan bila beban sudah terlalu berat dan tidak lagi mampu ditanggung. Kini pilihan yang ada hanyalah untuk bangun, bangkit kembali dan meneruskan perjalanan yang tidak berhaluan itu.
Bangun dan jatuh adalah lumrah bagi mereka, akhirnya mereka memaksa diri cuba untuk berbangga dengan jatuh dan bangun,dengan bina dan roboh, mereka kata ini kemajuan.
Ketamadunan yang satu lagi menjawab dengan sebuah pelawaan yang ikhlas…
“Jika kelak kau melihat aku tidur dan sedang bermimpi
Kuharap kau memahami keadaanku
dan mungkin kau ingin bersamaku
Bersama bermimpi dalam kenyataan yang satu.”
Siapa yang tidur siapa yang sedar? Permainan tidur pada kamu sedar pada kami, realiti pada kamu mimpi bagi kami.
“Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui.” Al-Ankabut : 64
Lagu ini kemudiannya ditutup dengan nada yang tegas. Jika kamu belum merasa apa yang kami rasa maka kamu tidak layak menafikan perasaan dan pengalaman itu, yang tahu hanyalah mereka yang pernah mengalami. Bagaimana mungkin kamu terlalu yakin bercakap daripada luar untuk menafikan sesuatu yang berada didalam pengalamanku? Apa kau ingin menyamakan semua perasaan yang ‘bermain’ di dalamanmu dengan apa yang didalam minda dan hati ku?didalam akal dan RUHku, yang memiliki peraturannya sendiri,yang mampu diramal dan mampu dikawal?
Sesungguhnya ini tidak mengherankan memandangkan kau masih terkial-kial mencari jawapan…siapakah dirimu? Kemanakah destinasimu…
Benar sekali…demi masa, sesungguhnya manusia sentiasa dalam rugi, kecuali mereka yang tahu…
Wallahu a’lam.

Thursday, March 26, 2009
Syariah.Falsafah.Akal.Etika.
Syariah.Falsafah.Akal.Etika.
Muhd Noor Bin Muhd Deros
Falsafah dari segi bahasa berasal daripada dua perkataan Yunani, iaitu Philo dan Sophia, yang bermakna cinta (Philo) dan hikmah (Sophia).Dengan erti kata lain falsafah bermaksud cinta kepada ke bijaksanaan.
Dari segi istilah pula ia bermaksud usaha memahami hakikat (Reality & Truth) sesuatu perkara,iaitu usaha minda yang kuat untuk melepasi aspek bentuk, dan menuju kepada titik hakikat perkara tersebut.
Kemungkinan ada yang akan berhenti pada perenggan diatas kerana tidak selesa dengan perkataan falsafah itu sendiri. Ya, ia memang perkataan yang berasal daripada bahasa Yunani, ia bukan berasal daripada bahasa arab,ia tidak disebut didalam Al-Quran, dan tiada juga disebut didalam Sunnah.
Disini, setiap daripada kita seharusnya berhenti sejenak dan bertanya soalan ini pada diri sendiri; adakah adil untuk menolak sesuatu perkara hanya kerana tidak selesa dengan asal usul nama perkara tersebut? jika suatu hari emas dipanggil dengan nama lain seperti tanah, adakah ia menggurangkan nilai emas tersebut secara hakikatnya? Begitu juga jikalau tanah pada suatu hari dipanggil emas, adakah secara hakikat nilainya bertambah?
Tujuan persoalan ini adalah untuk mengarahkan kita untuk melihat pada hakikat sesuatu perkara, melepasi sempadan nama dan bentuk, yang hanya mewakili sebahagian daripada hakikat perkara tersebut.
Telah menjadi kebiasaan manusia untuk sentiasa mengikat sesuatu idea dengan personaliti, sehingga kadangkala payah untuk diterima didalam pemikiran bahawa idea dan personaliti adalah dua perkara yang berbeza.Dan ini biasanya menimbulkan masaalah.
Falsafah (Cinta kepada Hikmah) tidak harus kita satukan dengan personaliti pemikir-pemikir Yunani, seperti Socrates, Plato dan Aristotle,sehinggakan kita menyangka bahawa berfalsafah (Aktiviti mencintai Hikmah dan usaha untuk mendapatkannya) hanyalah milik dan monopoli pemikir-pemikir Yunani tersebut.
Hakikatnya adalah tidak sama sekali, saya percaya bahawa semua bangsa tanpa kecuali mencintai Hikmah dan kebenaran. Dengan ini sesiapa sahaja, daripada bangsa mana sekalipun dan agama apa sekalipun, jika dia cinta akan hikmah dan kebenaran, seterusnya berusaha keras untuk mencapainya dia bukan sahaja berhak tetapi seharusnya dipanggil sebagai seorang failusuf,philosopher atau ahli falsafah.
Dan sebahagian ulama kibar kita memahami perkara ini.
Didalam Bukunya Tamhid Li Tarikhil Falsafah Al-Islaamiyyah Dr Mustafa Abd Razzaq menukil daripada kitab Al-Imam Ahmad Ibn Hanbal, dimana ketika Imam Ahmad memuji dan menceritakan tentang manaqib Al-Imam As-Syafi’I beliau mengatakan ini :
" الشافعي فيلسوف في اربعة اشياء: اللغة واختلاف اللسان والفقه والمعاني "
“Al-Imam As-Syafi’I adalah seorang ahli falsafah didalam empat perkara : Didalam ilmu bahasa arab, ilmu perbezaan lidah dan lahjah, ilmu Fiqh dan Ilmu Ma’aaniy (Balaghah)”
Kita lihat Al-Imam Ahmad Ibn Hanbal menggunakan perkatan failusuf untk memuji Al-Imam As-Syafi’i.
Bagaimanakah seorang ulama yang dianggap oleh sebahagian orang sebagai pengikut Sunnah yang hakiki serta penentang segala bentuk bid’ah (termasuk falsafah) seperti Al-Imam Ahmad Ibn Hanbal boleh mengatakan tukilan diatas?
Ini menunjukkan bahawa beliau memahami makna asal perkataan falsafah, beliau memahami bahawa falsafah atau cinta hikmah dan pemikir Yunani bukanlah dua perkara yang melazimi satu sama lain, beliau memahami perbezaannya.
Namun persoalannya adalah, mengapa perkataan ‘Falsafah’ yang digunakan?
Ini adalah kerana, daripada berpuluh-puluh ketamadunan silam yang semestinya memiliki manusia-manusia yang mencintai hikmah dan kebenaran, umat Yunani sejauh penemuan sejarah dan arkeologi hingga ke hari ini boleh dikatakan sebagai bangsa pertama yang didapati membentuk falsafah menjadi satu badan ilmu yang sistematik,yaitu dengan menyenaraikan mauduk-mauduknya, mencipta metodologinya dan melakar strukturnya.
Ini sangat jelas tidak bermakna bahawa umat lain tidak berfalsafah, bangsa Cina, India,Parsi dan yang lainnya juga memiliki pemikir-pemikir hebat. Namun aktiviti berfalsafah dalam bentuk yang sistematik tidak ditemui didalam sejarah mereka, atau kemungkinan belum ditemui.
Falsafah sangat berbeza dengan adat dan budaya, kerana adat dan budaya adalah sesuatu yang diwarisi tanpa melalui proses penapisan yang teliti dan berterusan.
Falsafah pula tidak begitu, ia sentiasa dikritik dan diperiksa sedalam-dalamnya sepanjang sejarah ilmu falsafah, kita lihat bagaimana pendapat Aristotle selepas diserang habis-habisan oleh Al-Imam Al-Ghazali dan Al-Imam Ibn Taymiyyah tetap terus ditapis dan diperbetulkan hingga ke hari ini.
Ini menunjukkan ketinggian falsafah dan kejujurannya, kerana tiada mauduk dan tiada pemikir didalam bidang falsafah yang tidak boleh dikritik,ilmu falsafah itu sendiri boleh dikritik, dan telah pun dikritik oleh ramai pemikir ulung umat manusia.
Disinilah terletaknya nilai falsafah. Ia adalah akumulasi pendapat-pendapat terbaik daripada pemikir-pemikir terulung didalam sejarah manusia selama beribu tahun.
Apakah ciri-ciri seorang ahli falsafah?
Ahli falsafah adalah mereka-mereka yang cinta kepada kebijakan & pemikiran yang dalam, benci kepada kesembronoan, kecetekan didalam menafsirkan sesuatu serta sentiasa menentang mereka-mereka yang memperlekehkan kemampuan akal.
Martabat akal adalah sangat tinggi didalam pandangan falsafah. Kerana akal adalah lensa diantara manusia dan wahyu /Tuhan, manusia dan alam, serta manusia dan manusia.
Lensa yang jelas,kuat dan bersih, mampu melihat sesuatu yang tidak mungkin dilihat oleh mereka yang tidak memiliki lensa dengan kualiti yang sama.
Ini adalah antara sumbangan besar falsafah kepada manusia, ia menekankan bahawa realiti sesuatu perkara berbeza-beza didalam pemikiran manusia dikeranakan kemampuan lensa masing-masing yang berbeza-beza.
Islam dan akal
Sepotong ayat Al-Quran dan Hadith, seringkali difahami degan maksud yang berbeza-beza,walaupun setelah persetujuan dicapai mengenai makna perkataan-perkataan yang terkandung serta Sabab Nuzul dan segala consideration yang harus diperhatikan sebelum membuat rumusan mengenai maksud ayat Al-Qura dan hadith itu tadi.
Antara faktornya adalah dikeranakan kualiti lensa manusia berbeza-beza.
Ada diantara kita yang akal dan pemikirannya telah lama dimanjakan dengan cara berfikir yang mudah dan cetek, serta tidak mampu (atau tidak ingin kerana malas) untuk memahami complexity atau kerumitan realiti kehidupan zaman moden. Ini berlaku apabila kita tidak ingin tahu akan enjin-enjin ideologi (berpaksikan falsafah barat) yang menggerakkan bumi serta aktiviti kehidupan manusia pada zaman ini.
Kemungkinan kita telah dimomok-momokkan oleh golongan yang sejenis pemikirannya. Dimomokkan dengan mengatakan bahawa jangan menyelam lautan tersebut, anda akan tenggelam, kerana ramai yang sudah tenggelam,saya sendiri sudah hampir tenggelam…
Ramai manusia menghukum kemampuan orang lain berdasarkan kemampuan dirinya sendiri, dan ini adalah sesuatu yang menakjubkan!
Apa yang mereka ingin tahu hanyalah, sama ada ini betul ataupun salah? Ini berdalil ataupun tidak?
Mereka tidak peduli akan soal baik dan buruk.
Memang benar yang benar itu baik dan yang salah itu buruk,namun jika kriteria menentukan betul dan salah hanya bergantung kepada teks atau naql, tanpa konteks dan aql, mudah saja apa yang dianggap benar akan berubah menjadi buruk dan apa yang dianggap salah menjadi sesuatu yang baik. Terlalu obsess dengan naql tanpa aql tanpa kita sedari akan menjadikan kita - Bak kata Sheikh Hamza Yusuf Hanson - ‘naqlheads’ atau knuckle heads. :D
Imam Fakhrudddin Ar-Raziy menafsirkan ayat “nur a’la nur” dengan mengatakan bahawa : Nur yang pertama adalah Wahyu, dan Nur yang kedua adalah akal. Kedua-duanya adalah Nur, cumanya Nur wahyu itu lebih tinggi.
Namun ini tidak bermakna peranan akal itu kecil didalam arena agama.
Dr Ali Gum’ah Mufti Mesir memberikan statistik yang menarik dan sangat penting ini :
Al-Quran mengandungi sebanyak lebih kurang 6000 ayat
Ayat ahkam pula tidak melebihi 300 ayat daripada keseluruhan Al-Quran yang berjumlah 6000.
Ini bermakna ayat ahkam hanya membentuk 5% daripada keseluruhan Al-Quran.
Hadith yang sampai pada kita pada hari ini pula berjumlah lebih kurang sebanyak 60,000 hadith.
Dan hadith ahkam pula adalah sebanyak lebih kurang 2000 sahaja, yaitu 3% sahaja daripada hadith2 yang terkumpul.
Sedangkan ahkam syar’iyyah yang terkumpul didalam buku2 fiqh adalah lebih kurang sebanyak 1.2million.
Kita lihat bagaimana 300 ayat Al-Quran dan 2000 hadith boleh melahirkankan sebanyak 1.2 million ahkaam?!
Bukankan ini jelas menunjukkan bahawa jikalau ulama kita yang terdahulu tidak memerah akal pemikiran mereka menyesuaikan naql dan aql dan hanya mengambil zahir nas, bagaimanakah ahkaam syar’iyyah boleh sampai mencecah 1.2 juta?
Dan disini kita juga boleh istinbaat satu lagi perkara penting.
3% sahaja daripada Al-Quran dan Hadith yang deal berkenaan soal Ahkaam syari’yyah.
Bagaimana dengan 97% yang baki?
Kita lihat apa yang dikatakan oleh Dr Al Gum’ah :
“ Sesungguhnya 97% agama kita yang telah lama kita abaikan adalah berkisar pada Aqeedah dan Akhlaq…”
(Statistik ini ana tukil daripada Video Lecture Dr Ali Gum’ah yang oleh didapati didalam website radicalmiddleway.com dan Buku beliau At-Tariq Ilat Turaath Al-Islaamiy)
Ini jauh sekali daripada bermakna bahawa Syari’ah itu tidak begitu penting, yang menjadi masalahnya adalah apabila kita terlalu terobses dengan betul atau salah tanpa melihat juga kepada aspek akhlaq. Yaitu soal baik dan buruk. Soal etika.
Baik, kita terima bahawa lensa atau kemampuan akal manusia berbeza-beza.
Namun adakah ini bermakna bahawa tiada jalan langsung untuk merapatkan jurang perbezaan pendapat antara kita?
Falsafah memberikan cadangan-cadangan berikut yang bertujuan untuk membersihkan dan menguatkan kemampuan lensa yang sekaligus akan merapatkan jurang perbezaan pemikiran.
1) Mengalakkan supaya kita mempersoalkan prinsip-prinsip yang kita pegang selama ini yang mana tanpa kita sedari adalah warisan daripada orang lain yang telah menyusup masuk kedalam pemikiran kita.
Kerana ramai tidak bererti benar, lama tidak bererti teguh dan disenangi tidak bererti bermanfaat. Ini yang dilakukan oleh Al-Imam Al-Ghazali , yang kini dipanggil sebagai As-Syak Al-Manhajiy. Yaitu Syak yang membawa kepada keyakinan.
Imam Al-Ghazali mengatakan frasa indah ini didalam bukunya “Al-Munqidh Mnad Dholaal” :
“ Man lam yasyuk (Syak) lam yanzur, wa man lam yanzur lam yubsir, waman lamyubsir baqiya fil ‘amyi waddholaal”
Mereka-mereka yang pernah menyerang keimanannya sendiri atau terbuka untuk menerima kritikan orang lain sudah tentu akan keluar daripada serangan dan kritikan tersebut dengan prinsip dan keimanan yang lebih kuat dan lebih teguh daripada mereka2 yang tidak pernah mepersoalkan atau diserang pegangan mereka, kerana sejauh mana kekuatan pegangan tersebut belum diketahui.
Kerana ada beberapa perkara didalam dunia ini yang jikalau belum dibakar dengan api, dan dihentam dengan besi kecantikan dan kekuatannya tidak akan menyerlah.
2) Falsafah menekankan kepada kita bahawa didalam proses pemikiran, banyak kesilapan yang boleh berlaku tanpa kita sedari, kerana ia berkait rapat dengan sikologi manusia. Ini dibincangkan didalam Ilmu Mantiq dan ilmun Nafs yang juga dulunya adalah cabang daripada ilmu falsafah.
Ia dikenali sebagai thingking fallacies, atau kesilapan2 didalam berfikir dan berhujjah.
Contoh :
- Hujjah menggunakan autoriti, nama dan imej. “Enta siapadia siapa…dia sheikh tau…”
- Perumpamaan yang tidak kena. Contoh. “ Bila anta kata akal itu tinggi anta macam orang yang telah diberikan emas(wahyu) tapi masih nakkan perak”.
- Mengambil kekuatan daripada emosi. Contoh. “ Hadith-hadith sahih itu mesti benar semuanya…tak kesian ke dengan pengorbanan ulama2 kita yang mengumpulkan hadith..penat lelah mereka…peluh dan darah mereka…”
Dan sebaginya, falsafah menekankan peri pentingnya kita sentiasa memeriksa cara kta berhujjah demi untuk memastikan natijah pemikiran kita semakin hampir dengan kebenaran
3) Falsafah menekankan, bahawa akal pemikiran manusia memiliki potensi yang besar, bukan setakat menghafal fakta dan informasi yang telah ada, bukan setakat mengamalkan penyelesaian yang telah dilakukan sebelum ini, akal juga mempunyai kemampuan mencipta sesuatu yang baru ,mencipta penyelesaian yang baru dan memahami sesuatu dengan kefahaman yang baru.
4) Falsafah juga menekankan bahawa kemampuan akal ada hadnya.Namun yang sering menyesatkan manusia bukanlah banyak sangat berfikir, sebenarnya kurang befikirlah yang mempunyai potensi yang lebih besar untuk menyesatkan manusia. Kita lihat apa yang dikatakan oleh Francis Bacon ahli sains dan ahli falsafah barat yang terkenal :
“Falsafah yang sedikit menjauhkan sesorang daripada agama, dan falsafah yang banyak dan dalam akan mengembalikan manusia kepada agama”
Kita lihat bagaimana besar persamaan diantara cadangan2 diatas ini dengan apa yang diajarkan Islam. Ini tidak harus mengejutkan kita, ini dikeranakan ada sebahagian ulama falsafah yang mengatakan bahawa falsafah yang sampai pada kita pada hari ini sebahagiannya adalah extraction yang dilakukan oleh ahli falsafah silam daripada nilai2 tertinggi agama2 samawi yang diturunkan sebelum nabi Muhammad.
Apa yang harus diambil daripada perenggan diatas bukanlah Falsafah itu bersumber daripada wahyu dan sama taraf dengannya, tidak, yang harus kita faham adalah, falsafah memiliki banyak hikmah dan kebijakan yang dikumpul oleh manusia-manusia bijak sepanjang sejarah manusia, untuk menolaknya seratus peratus dengan mengatakan bahawa Islam memiliki segala-galanya sebenarnya mengambarkan satu sikap yang sangat angkuh dan penakut.
Sikap ini tidak seharusnya disamakan dengan pendirian Al-Imam Al-Ghazali ketika beliau menukar pendapatnya daripada mempertahankan falsafah kepada mengatakan bahawa ilmu falsafah ini menyesatkan.
Benar itulah pendirian terakhir Al-Imam Al-Ghazali, dan beliau yang seperti mana yang kita tahu, beralih kepada aliran kesufian. Berulang kali didalam kitabnya Al-Munqidh Minad dholaal beliau menekankan bahawa jalan kesufian adalah jalan yang paling bersih dan yang paling benar untuk menuju kepada Tuhan.
Namun ana merasakan bahawa akalnya yang aktif dan berani, serta pengalamannya melalui fasa As-Syak Al-Manhaji (Methodological Doubting) yang dikenali sebagai fasa pertama yang harus dilalui oleh ahli falsafah (Golongan yang mendambakan pengetahuan yang bebas daripada syak)
mempunyai peranan didalam menentukan pendirian terakhir beliau. Jika beliau tidak mengkaji dengan akal yang terbuka aliran batiniyyah, kalam dan falsafah pada zamannya dengan kaca mata seorang ahli falsafah,ada kemungkinan disana bahawa pendirian akhir beliau juga akan turut berbeza.
Satu lagi perkara yang harus ditekankan adalah; untuk menganggap bahawa falsafah itu benar semuanya dan akal pula adalah ma’suum adalah suatu yang bukan setakat angkuh, tetapi juga satu kebodohan yang memalukan.
Ini adalah kerana, tidak semua pendapat didalam ilmu falsafah itu berpaksikan wahyu yang bersih.
Sedangkan akal manusia itu terhad kemampuannya, tiada ahli falsafah yang menafikan ini.
Oleh itu dengan turunya wahyu terakhir, manusia tidak lagi mempunyai alas an untuk mengelakkan diri daripada berfalsafah atau berfikir secara mendalam, kerana penjaga sudah ada, manusia harus berusaha dengan akal mereka dan bukan sahaja dengan manjanya menyerahkan segalanya kepada naql,dan segala yang diterima sebagai falsafah sebelum turunnya wahyu terakhir harus diperiksa dan diislamkan serta dibuang unsur-unsur yang bercanggah dengan world view Islam,tetapi bukan dibuang semuanya,kerana dengan membuang semuanya kita sebenarnya menghina antara ciptaan Allah yang paling mulia,yaitu a’qal, sedangkan didalam Al-Quran tiada nas yang menghina aqal manusia, sebaliknya kita dapati perkataan aqal dan fikir didalam Al-Quran sentiasa digunakan dengan konotasi yang positif.
Kewujudan naql tanpa aql tidak berfaedah,sama seperti cahaya yang tiada gunanya bagi seseorang yang buta, dan aql tanpa wahyu pula bak mata yang celik didalam gelap tanpa cahaya, juga tiada gunanya.
Akhir sekali,harus juga diingat bahawa aqal bukanlah satu-satunya sumber ilmu.Disana ada sumber ilmu yang lebih tinggi.
Ahli falsafah Islam juga tidak menafikan akan wujudnya satu sumber ilmu selain aql,ilmu yang bebas daripada ikatan a’aadah dan hukum alam fizikal. Ini jelas kita dapati didalam buku-buku Ibn Sina, Ibn Tufayl dan Ibn Rushd dan sudah tentu As-Suhrawardi, mereka sering menggunakan analogy ini yang dikongsi sama dengan para sufi :
Hati manusia itu bagaikan cermin, ia harus digilap dan dibersihkan daripada kekotoran, sehingga apabila ia telah bersih, ilmu daripada lauh mahfuz akan terpancar pada cermin tersebut dengan gambaran yang sangat jelas, pancaran yang tidak mampu didapatkan oleh mereka yang belum membersihkan cermin tersebut .
Ini adalah pemberian yang Allah berikan kepada siapa sahaja yang dikehendakinya.
“ Lalu mereka dapati seorang daripada hamba-hamba kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari kami, dan kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi kami “ - Al-Kahf : 65
Naql dan aql, tidak mampu dipisahkan daripada satu sama lain oleh sesiapa pun,baik golongan yang menghina aqal sendiri dengan merendahkan martabatnya, mahupun golongan yang menghina aql dengan meninggikannya melebihi kemulian naql yang suci.
Wallahu A’lam Bisaawaab.
Wassalam.
Muhd Noor Bin Muhd Deros
B.A Akidah & Falsafah Al-Azhar University

Kebenaran...Kebahagiaan
Sepanjang sejarah…manusia tidak pernah berhenti mencari kebahagiaan…
Dimana pun ia manusia akan mencarinya…bahkan ada yang berpandangan
bahwa mencari kebahgiaan adalah tujuan utama manusia…tiada lain.
Sayangnya manusia itu dijadikan singkat,diberatkan lagi…dia tidak
suka pada kesingkatan.
Manusia mencari kebahgiaan itu berperingkat…
Bermula dengan mencarinya diluar diri…
Kemudian menoleh kedalam diri…
Kemudian mendongak keatas lebih tinggi dari diri…
Gagal, separuh gagal, berjaya sepenuhnya…
Berapa lamakah yang diperlukan manusia untuk mencapai kepastian bahawa
kebahagiaan tidak akan ditemui diluar diri…kebahagiaan tidak datang
mengikut arah landasan luar kedalam…kerana sesuatu yang luar yang
bukan dari dalam payah ditentukan ketulenannya…kerana ia asing…ia
selalu menipu…
Tabiat penipuan? merasa nikmat sebentar…kemudian menanggung kesan
yang jauh lebih buruk daripada nikmat sebentar yang diperolehi…macam familiar?
Kenapa masih rasa kosong jugak…mane bende bahgia tu…?
Bermulalah proses melihat kedalam diri…
Baru menyedari bahwa diantara mata diri dan objek luar diri ada lensa
yang menentukan apa yang dilihat dan apa yang diterima…
lensa itu mampu mewarnikan yang hitam…mengindahkan yang buruk…ia
seperti cermin mata anaglyph yang membuat kita nampak image yang 2d seperti 3d
sedangkan realitinya adalah 2d…(cemin mata analgyph to cemin mata dengan
lensa biru/hijau dan merah untuk jadikan image 2d kpd 3d)jangan
mengeluh….lensa itu sengaja diadakan….untuk menguji…manusia tidak
mampu membuang lensa itu…kerana dia menyangka lensa itu adalah
sebahagian daripada realiti…kecuali ada yang menyedarkan…
Namun ada yang masuk terlalu dalam ke dalam diri…melebihi
had ‘dalam’…sehingga menembus kedalaman itu dan terkeluar
kembali…dia pergi terlalu dalam kerana menyangka bahawa kebahagiaan
berada disitu…ia tiada disitu…
yang berada disitu hanyalah salah satu alat yang harus digunakan untuk
mencapainya…
Sesuatu yang dicipta tidak mampu bergantung kepada yang
dicipta …manusia dicipta…kebahagiaan juga dicipta…manusia tidak
puas dengan kesingkatan…sesuatu yang berada didalam sesuatu yang
singkat juga semestinya singkat…dan sesuatu yang singkat bukan
kebahagiaan hakiki…kebahagiaan tidak berada didalam diri manusia…
Selepas melihat ke depan dan kebawah, tinggallah dia untuk melihat
keatas…
Lensa tersebut tidak akan menganggu proses melihat keatas? Tidak,
sebaliknya lensa itulah yang akan berasa terganggu…kerana ia hanya
dicipta berfungsi unuk melihat kedepan dan kebawah saja…anaglyph
dicipta untuk lihat image 2d sahaja untuk dijadikan 3d…
Disaat manusia melawan ego diri untuk melihat keatas…disaat itulah
secebis daripada syurga akan dinikmati…
Seperti seseorang berada didalam penjara…tidak melihat matahari atau
bulan…dia hanya mendapat informasi daripada penjaga penjara…yang
dari masa ke masa memberikan informasi yang salah…yang salah itulah
yang akan menjadi realiti banduan itu…
Namun jika dia keluar daripada penjara tersebut…dia akan melihat
realiti yang berbeza…kerana lensa penipu itu tiada lagi…
Kutu2 dibawah bulu seekor arnab tidak akan tahu bahwa mereka berada
diatas seekor arnab jika mereka tidak cuba untuk memanjat bulu arnab
itu untuk naik keatas…bila diatas baru dia akan melihat bahawa
realiti yang disangka selama ini sebenarnya bukanlah realiti…
Manusia juga hanya akan melihat realiti bila mendongak keatas…bila
dia melihat keatas lensa analgyph itu akan ditauhidkan…
dineutralkan….lensa itu akan hanya memiliki satu warna…dan akan
hilang fungsinya…baru manusia akan melihat realiti dalam bentuk
hakikatnya…
kebenaran adalah kebahagiaan hakiki…
Bersemangatlah didalam mencari kebenaran dan perjuangkanlah ia dengan
sepenuh jiwa…wahai teman2 ku sekalian…
Wassalam…

Sejuk
Salam teman2 sekalian…
Ditengah malam yang indah lagi sejuk abes ni…teringat pat korang
plak…apasal eh…?
Bile aku nga sejuk…aku ingat korg…bile sejuk = ingat korg…manusia
akan cari kehangatan bila kesejukan…dan kehangatan adalah
semangat…kuasa…wahai semangat2 ku dan kekuatan2 masyarakat
sekalian…apa khabar semuanya…?
Rasanya dapatlah diredakan sedikit kesejukan ini dengan mengambil
sedikit daripada kehangatan semua…
Namun sebelum itu..harap2 semua masih hangat… masih panas… masih
bersemangat…dan masih berkekuatan…
Diharap kehidupan seharian…yang kadangkala dipanggil
terendah…penipuan…ladang…tempat rehat bawah pokok…syurga
penolak kebenaran…tidak merendahkan pandangan kita daripada melihat
keatas kepada melihat kebawah…harap tidak dapat menipu kita sehingga
membuat kita melihat keadaan tertipu itu indah…
Diharap kita semua bercocok tanamlah dengan seluruh kekuatan…dan
harapkanlah sesuatu yang lebih tinggi dan lebih mulia daripada hasil
yang akan diperolehi diladang itu…
Dan harapan diri ini agar kita semua tidak menjenguk pun ke syurga
itu…kerana ia sememangnya bukanlah tempat kita…
Manusia itu naatiq…manusia itu terkesan denga apa yang mencecah
pancainderanya…
Manusia keliru dan tertanya mengapa ada sang pembawa lilin yang lebih
suka melihat kearah yang bertentangan dengan lilin yang
dipegangnya…dia memegang lilin itu dihadapan sedangkan kepalanya
menoleh kebelakang…dia memegang lilin di belakang namun dia berjalan
kehadapan…dia masih gembira teraba2 didalam kegelapan…
Namun dia masih memegang lilin tersebut…mengapa tidak dia buang saja
lilin tidak dia gunakan itu…
Hah! dia masih merasa perlu padanya…
Perlu padanya disaat dia merasa keperluan…
Perlu padanya kerana dia merasa manusia berlilin didalam kegelapan
lebih mulia daripada mereka yang tidak berlilin…ia adalah asetnya
untuk menaikkan harga diri yang sememangnya murah…
Mungkin dia tidak merasa lilin itu perlu? atau mungkin dia tidak
menyedari akan kewujudan lilin itu…? mustahil…atau mungkin dia
sememangnya sudah buta…lantas merasa lilin tersebut tidak membawa
apa2 makna kecuali harga diri…
Na’uuzu Billahi jamii’an min zaalik..

Luahan Seruan Seorang Melayu
Luahan Seruan Seorang Melayu
Oleh : Muhd Noor Bin Muhd Deros
Melayu itu bangsa bijaksana
Maksud disampai beralas berbunga
Namun bila diseru menuju jaya
Melayu pun layu alasan berjuta
Berhibur melayu memang bijaksana
Meniru mengikut tiada tandingnya
Hiphop bajunya Jepun rambutnya
Slack seluarnya kemik hidungnya
Jika sang cermin itu berlidah
Pasti melayu kan disergah
Namun melayu takkan berdiam diri
Akan dibalasnya yang penting hati!
Bagaimana hati kan bersih jika akalnya mati?
Jika dunia bertanya
Apa kau beri apa kau sumbang
Melayu menjawab jangan digusar jangan dibimbang
Kan orang lain masih menyumbang
Takkan melayu hilang di dunia
Janji Hang Tuah laksamana merdeka
Apa nilai ada jika wujud tidak dirasa?
Tubuhnya merdeka akalnya hamba?
Merendahnya melayu bukan menyembah
Meningginya bukan melonjak megah.
Bagaimana mungkin melayu melonjak megah
Bukankah berjalannya dia masih dipapah?
Menikam dari belakang
Menyihir hingga ke jinjang
Mengata hingga memanggang
Itu cara melayu di gelanggang
Bila diimbas sejarahnya melayu
Tidak terlintas gambaran nista
Raja laut melayu bertakhta
Luas sempadan dalam kuasanya
Kembaranya luas telitinya bernas
Budayanya mulia maqsadnya jelas
Sayangnya…
Yang tinggal kini hanyalah bekas
Sayangnya Tuhan kasihnya Nabi
Islam bertandang bersinar bakti
Menerangi Melayu akal dan hati
Semoga menjadi khalifah Ilahi
Sinar terbitnya menyilau mata
Menyilau mata yang bergelapnya lama
Bagai si baru celik menghadap pelita
Sakitnya sedikit kemudiannya reda
Namun melayu bersakit tidak tahan
Berpenat sedikit tidak keruan
Melayu menyerah lalu melawan
Buat apa bersakit buat apa berangan?
Apa yang ada syukur saja pada Tuhan…
Itu jawapannya melayu…
Sekalipun janjinya berlipat keuntungan
Sang mentari sudah menyinari
Ayam berkokok penat menanti
Selimut ditarik bergelap lagi
Sudah dikejut berdengkur kembali
Bagaimanakah Melayu
Di abad dua puluh Satu
Masihkah tunduk tersipu-sipu ?
Mengapa takut melanggar pantang
Jika pantang menentang kemajuan
Mengapa segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran
Janganlah adat diislamkan
Biarlah Islam yang diadatkan
Janganlah Islam disalahertikan
Ia cahaya bukan Kegelapan
Janganlah Islam disalah amalkan
Ia membina bukan menghinakan
Jadilah bangsa yang berjaya
Bersih hatinya bernas akalnya
Teguh jiwanya Kuat usahanya
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi ummah pemandu maya.
Aamiin Ya Rabbal Alamiin…
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali setelah mereka menggubahAPA YANG BERADA DI DALAM DIRI MEREKA…(Yaitu Akal dan Hati) ”
Al-Quran, Surah Ar-Ra’d Ayat 11.

Loving The Embodiment of Mercy s.a.w
Langkah pertama ku bertanya pada diri
Mampukah perkataan mencerminkan hati
Memantulkan memancarkan segala isi
Tanpa ada yang masih tinggal tersembunyi
Sungguh mampunya ia tidak ku percaya
Jikalau segala isi itu hilang Faslnya
Dunia ini kan menjadi Syurga dan Neraka
Tidakkan ia menjadi cobaan sang Pencipta
Biarkan ia didalam ketidaksempurnaanny a…
Tidakkah banting tulangnya si lemah itu mulia?
Tanpa lemah dari mana kan datangnya usaha?
Tanpa usaha tiada haknya manusia menerima Cinta…
Beranikan diri mu wahai jiwa yang cinta
Jika cinta itu asli benar ketulenanya
Kepayahan kesusahan kan hilang ertinya
Untuk si lemah cinta itulah kekuatannya
Mampukah hati untuk menolak kasih
Terdayakah hati untuk memendam cinta
Pada Dia yang tiap nafas yang ditariknya
Tidaklah kecuali demi kasih sayang dan cinta?
Kasihnya yang tiada mengenal sempadan
Cintanya yang merentas erti kemanusiaan
Mendakap alam yang meronta mendamba ihsan
Menyelamat jiwa yang tercungap kelemasan
Jika pengorbanan itu syarat hati untuk menyinta
Kalau khidmat dan budi itu pemarak kasihnya jiwa
Maka adakah kekurangan pada pengorbannya dia
Sehingga tiada ruang didalam hati ini untuknya?
Manikam itu masih berkilau memukau mata
Namun si Jauhari buta masih teraba-raba
Tidakkah cukup penyaksian musuh dan taulan?
Bahwa Yang Terpuji itu adalah insan luar kebiasaan?
Dimanakah had kekejaman dan bongkaknya insan?
Sehingga suapan kasih itu dibalas dengan gigitan?
Bila ditanya adakah benar cinta mu padanya
Kau menjawab Belah lah dada tanyalah ia
Kau berlagak lupa bahwa lidah boleh berdusta
Namun kau benar alpa akan si saksi kedua…
kelakuan takkan gagal mencerminkan jiwa…
Jika benar cinta mu sepenuh jiwa
Mengapa kau biar sang kekasih itu dinoda?
Kau menyusur perjalanan para pejuang
Kau menyarung pakaian perwira perang
Namun,bila dia diserang mara mu bukan ke depan
Tanpa gusar kau memerhati nun jauh dari belakang
Sedarkanlah jiwa mu, bangkitkanlah perasaanmu…
Sesungguhnya bukan dialah yang memerlukan cinta mu
Tetapi ketahuilah bahwa cinta itu seperti madu
Tanpa manis cinta hatimu bak tubuh yang sakit lesu
Lemah kekuatan penuh kekosongan tiada diperlu
Madu cintalah yang kan memberinya semangat baru
Kekasih pernah meluahkan pada sahabat2nya
Waha sahabatku Aku sangat rindu pada ikhwan2 ku…
Mereka yang tidak pernah melihatku tapi beriman padaku
Dengan cahaya pada dahi, tangan dan kaki mereka kan datang padaku
Akan ku sambut mereka nanti dengan curahan telaga Haudku!
Ketika Izrail menarik lembut rohnya yang Suci
Kekasih berkata. “ Ya Jibril…Sakitnya mati ini..”
Ya Allah…kau timpakanlah kesakitan sakarat ummati
Semuanya padaku biar aku yang menanggungnya sendiri…
Ya Jibril…Ummati Ummati Ummati…
Wahai insan makhluk akal dan jiwa…
Adakah disana manusia yang menyinta seperti cintanya dia?
Menderita berkorban seperti deritanya dia?
Merisaukan mereka yang tiada pernah ditemuinya.. .
Mendoakan mereka yang tiada penat menyakitinya… .
Sungguh akal ini tiada dapat menggapai hakikat cintamu!
Sungguh jiwa ini meronta kerna tiada dapat membalas kasihmu!
Wahai jiwa yang alpa bergetarlah bila MUHAMMAD disebut!!
Wahai hati turutilah bila lisan dituntut untuk menyebut!!
” InnAllaha wamalaikatahu Yusalluuna alannabiy….Yaa ayyuhal laziina aamanu sallu alaihi wasallimu tasliimaa… “
Ya Allah…
Cukuplah bagi kami kasih dan cintanya Engkau yang terpancar sempurna didalam Insan bernama (Saidina) Muhammad Sollallahu alaihi wasallam…

Subscribe to:
Posts (Atom)